Bukan kami nak promote Husam Musa..tapi anda lihatlah video di atas...naik motor dengan geng-geng berlagak macam bagus di Putrajaya. Siapa yang usahakan untuk bina Putrajaya dulu? Nik Aziz kah? Walhal PAS pernah sebut yang mereka mahu lelong Putrajaya kalau mereka perintah..Sekarang terhegeh-hegeh naik motor ramai-ramai konon nak tunjuk bagus.
Ingat dengan video macam ini dapat tambah semangat? Jangan la nak bodohkan rakyat..kalau setakat naik motor ramai-ramai, mat rempit pon boleh..
Dalam video kata Bos Putrajaya adalah rakyat..kalau bos adalah rakyat, kenapa Husam tak tunai macam-macam janji kepada rakyat di Kelantan? Dinar Kelantan? Projek Kambing Jamnapari? Lebuhraya Rakyat? Stadium? Mana pergi?
Lepas tu tajuk Video tulis "Husam BOS Putrajaya"...itu lah dia..belum apa-apa dah panggil bos..
Tun Mahathir yang pencetus idea pembangunan Putrajaya pon orang tak panggil BOS PUTRAJAYA..Tengku Adnan yang dah dua penggal jadi Ahli Parlimen Putrajaya pon tak dipanggil Bos Putrajaya...
Wajarkah daya pemikiran rakyat Malaysia dan Putrajaya direndahkan dengan memilih pemimpin sebegini?