Saturday, March 17, 2012

Panas : Anwar desak Faekah dipecat..!


Setiausaha Politik MB Selangor iaitu Faekah Husin bakal dipecat dari jawatannya pada bila-bila masa. Menurut sumber yang diterima Biro Politik PKR yang telah bermesyuarat minggu lalu sebulat suara telah meluluskan usul untuk meminta Menteri Besar Selangor menamatkan khidmat Faekah Husin sebagai Setiausaha Politik.

Alasannya adalah kerana Faekah dilihat sering mencampuri urusan yang tidak ada kena mengena dengan tugasnya selaku Setiausaha Politik.

Semenjak menjawat jawatan tersebut pelbagai pihak telah 'dipaksa' tunduk dan menurut arahannya. Antaranya pengurusan TV Selangor sehingga menyebabkan sepertiga kakitangannya berhenti termasuk pengurusan kanan dan juga hal-hal yang berkaitan dengan penerangan Selangor yang ditugaskan kepada Badrul Amin. Ini tidak disenangi majoriti pengurusan parti dan Faekah dilabel sebagai lebih sudu dari kuah kerana sibuk mencampuri urusan dan kerja orang lain. 

Tapi yang panas sekali ialah Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor yang terpaksa melaporkan segala perbelanjaan pejabat Penasihat kepada Faekah. Bajet semua mesti mendapat kelulusan melalui Faekah.

Semasa mesyuarat Biro Politik Parti difahamkan  Wan Azizah keberatan hendak meluluskan usul pemecatan Faekah tersebut tetapi terpaksa akur setelah didesak oleh Punaisihat Ekonomi Selangor iaitu Anwar Aljubree yang dah lama tak sebulu dengan Faekah.

Nampaknya pengurusan Pejabat Menteri Besar Selangor pun dah dikawal oleh parti..Adakah ini komplot untuk mengasingkan dan menghakiskan terus kuasa Khalid sebagai Menteri Besar? Banyak persoalan yang timbul...kita tunggu dan lihat apa yang berlaku nanti.

1 comments:

  1. Pertamanya betina bernama Fuckekah ni pun elok disingkir dan keduanya keseluruhan jentera PR mesti disingkirkan dari bumi Selangor. BN perlu meletakan calon calon yang benar benar bersih dalam PRU 13 nanti dan bukan nya yang hanya tahu mengaut keuntungan untuk poket sendiri dan kroni mereka sahaja.

    ReplyDelete

Followers