Erkkkk!!!

Blog ini masih mentah

Owwhhh!!

Blog ini masih suci

Ehem

Blog ini masih dalam alam lain

Arghh!

Blog ini masih masihi

Hehehe

Blog ini masih baru dalam bidang jualan

Friday, August 31, 2012

AKSI KOTOR PAKATAN YANG SUCI BAGI ANWAR

Ashley Greene di Times Square...


Pakatan kalau nak buat buruk..memang buruk betol...dah la buruk...lepas tu tuduh orang lain buat...Pemimpin Pakatan sendiri amalkan benda-benda kotor...seks bebas, China Doll, ternak pusat maksiat, main "aiskrim", dan sebagainya..para penyokongnya mesti la mengikut budaya kotor..saksikan video di bawah..


Pijak gambar Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosman...konon tanda protes...ini mungkin HALAL bagi mereka...sampaikan pakai KOPIAH pon ada jugak seronok memijak..

tapi yang tak tahan tu...dalam ruangan komen youtube untuk video ini kata, video ini dirancang lah...UMNO yang buat lah...WTF!!!

Pakatan selalu hanya bermain persepsi kalau nak cover salahlaku mereka..sama jugalah dengan video seks Anwar dengan China Doll...hanya persepsi mengatakan itu fitnah..tapi pembuktian jelas langsung tarak..

Dahlah pijak gambar...tapi tak mengaku...kalau mereka yang memerintah...agak-agak macamana ya?

Tuesday, August 28, 2012

AKSI PANAS FILEM MELAYU AKAN TERSEBAR


Apa pasal la Pakatan ni takut sangat dengan sebuah filem. Padahal filem tu pon belum lagi ditonton kecuali pihak-pihak tertentu. 



Sedangkan wakil dari Pakatan sudah pon menonton dan memperakui ianya tiada unsur perkauman.. (BACA DI SINI)

'Wakil Pakatan akui Tanda Putera tiada sentimen kaum'

4:44PM Ogos 10 2012
Wakil Pakatan Rakyat yang sudah menontonTanda Puterakini merasakan filem kontroversi yang memuatkan babak tragedi 13 Mei itu tidak mempunyai sentimen perkauman, kata pengarahnya Shuhaimi Baba.

"Selepas menonton filem ini, mereka tidak merasakan ia mempunyai sentimen perkauman," Shuhaimi dipetik sebagai berkata kepada sebuah harian hari ini.

Jadi sebenarnya mereka sendiri tak tau apa yang mereka takutkan...Apa pon secara tak langsung ianya memberi satu promosi baik bagi filem Tanda Putera. Filem Tanda Putera akan ditayangkan bermula 15 September.

Monday, August 27, 2012

BILA PAS MEMPERTAHAN KAFIR HARBI



Punyalah beriya-iya PAS mempertahankan DAP dari digelar kafir harbi. Sayang betol mereka kepada DAP demi undi Melayu. Maklumlah, yang beri gelaran kafir harbi (memang layak pon) itu bukan calang-calang orang, tapi tok guru agama.


Harun Din juga masuk jarum untuk menyelar gelaran kafir harbi kepada DAP dengan menyatakan bahawa tiada kafir harbi selagi negara Islam tidak tertegak.

Dr. Nur Manuty juga dengan panjang lebar mengatakan bahawa kategori kafir zimmi dan harbi tidak relevan lagi..

TETAPI

APAKAH MEREKA LUPA YANG SEMASA PAS MEMENANGI TERENGGANU SEMASA PRU 1999, MEREKA MAHU BUAT CUKAI UNTUK KAFIR ZIMMI?

Tak sangka mereka ni ibarat balaci-balaci DAP yang sanggup mempertahankan hanya atas sebab gelaran oleh seorang guru sekolah pondok...

Ketika negara Islam dan hukum hudud diperlekeh Karpal Singh, mana Harun Din? Mana Nur Manuty? Ketika Anwar kata tiada negara Islam dan hukum hudud dalam buku Jingga, mana Harun Din? Mana Nik Aziz? Puii!!

Baca kedua-dua tulisan Malaysiakini di bawah:


Monday, August 13, 2012

LOGO BARU PAS?


Rentetan pendedahan kontroversial tentang logo baru Hari Kemerdekaan oleh Pakatan Rakyat dan Kristianisasi di sini, kami mencadangkan agar PAS juga pakai logo baru seperti di bawah untuk membersihkan isu yang di bangkitkan seperti yang dicadangkan di bawah..







Friday, August 10, 2012

MPSJ SEMAKIN GILA??



MPSJ semakin gila dan menggila....Yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya Dato Asmawi Kasbi langsung tidak ada hati perut atau mungkin buta hati kerana menerima bulat bulat cadangan Penasihat Undang-Undang MPSJ, Puan Anita binti Abdul Jalil supaya dikenakan bayaran satu persen terhadap mana mana kontraktor yang berjaya mendapat kontrak pembersihan di MPSJ.

Tak ke gila dan tidak adil....bayaran ini dikenekan setelah mereka berjaya mendapat kontrak sedangkan semasa tander diisi syarat ini langsung tidak dinyatakan....

Dahlah harga yang diberikan sekarang dalam setiap satu projek terlalu rebdah berbanding harga dulu.....kontraktor ditekan sehingga keuntungan yang diperolehi terlalu minima...

Apakah YDP MPSJ Datuk Asmawi Kasbi dan Puan Anita sengaja suka suka mengenakan syarat ini atau "ada udang disebalik batu...." kerana kalau dihitung dari segi jumlah bayaran yang dikenakan pada setiap kontraktor boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit pada setiap bulan....

Sebagai contoh.....seorang kontraktor mendapat jumlah kontrak sebulan sebanyak RM 20 ribu...satu persen dicaj kepada nilai kontrak bulanan berkenaan bermakna kontraktor berkenaan harus membayar RM 200 sebulan. Bayangkan RM200 sebulan selama 24 bulan (jangkamasa setiap kontrak), bermakna kontraktor dikenakan bayaran sebanyak RM4,800 jumlah keseluruhannya.

Contoh ini hanya untuk satu kontraktor dengan nilai kontrak yang agak minima....cuba bayangkan pula kontraktor yang mendapat nilai kontrak yang agak besar sudah pasti bayaran yang dikenakan juga akan bertambah besar.

Paling memeranjatkan pula jumlah kontraktor yang mendapat kerja kerja di MPSJ tidak kurang dari 200 syarikat.....dengan jumlah yang sebegini banyak pastinya caj yang akan diperolehi oleh pihak MPSJ akan mencecah ratusan ribu ringgit malah sampai ketahap jutaan ringgit.

Arahan sebegini langsung tidak pernah berlaku di MPSJ....malah arahan ini langsung tidak pernah dilaksanakan di mana mana majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atau mana mana majlis perbandaran di Selangor....

Berbeza zaman Barisan Nasioanal memerintah dahulu....bayaran ini langsung tidak pernah ada...jika ada pun sebarang bayaran.....akan dinyatakan dalam borang tender semasa tender diisi sebagai langkah persiapan kepada kontraktor yg berjaya...

Kerajaan Negeri Selangor harus mengambil langkah mengatasi masalah ini....jangan iniaya rakyat...kalau nak membela rakyat buat betul betul dan jangan retorik....rakyat semakin pandai dan tahu bila diperbodohkan.... 

ARTIS BERHIJRAH YANG PAS AKAN REJECT


Bukan dia ni yang PAS reject..

TAPI..

DIA NI...



BN TAK LAKU DI KELANTAN?



Payahla BN nak menang di Kelantan...PM datang pon TAK RAMAI YANG SAMBUT...


Ye ke?...


Amekawww!!! 

SATU LAGI PINGAT UNTUK MALAYSIA!



Atlit terjun negara, Pandalela Rinong memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10m platform sebentar tadi. Pandalela telah pun mencatat rekod sebagai atlit Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik dari sukan yang bukan sukan badminton.Acara ini dimenangi oleh atlit China Chen Ruoli n dan pingat perak dimenangi atlit Australia Brittany Broben.Tahniah diucapkan dan jasamu dikenang!!!

Thursday, August 9, 2012

RUMAH RAKYAT SELANGOR: SIAPA TAK MAMPU BOLEH BLAH!


Rumah mahal mampu ke rakyat Selangor berpendapatan rendah nak beli?...tapi MB Selangor tetap pertahankan...jadi adakah dia pertahankan hak rakyat untuk dapat rumah atau untuk untungkan poket sendiri?

Tapi Sayang...rakyat dok tunggu rumah murah untuk dibeli dari PKNS Selangor...projek-projek mewah  pula yang muncul dari PKNS...banyak pulak tu!


Barisan Nasional lebih gah membantu rakyat dalam isu pemilikan rumah terutama untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana...

Jom kita tengok apa misi PKNS sebenar..

Tapi itucerita lama..sekarang hasil "kepandaian" Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, iaitu Anwar Ibrahim PKNS sudah tukar..baca kat bawah...



Dasar PKNS untuk membantu rakyat termasuk bumiputera telah ditukar..PKNS nak jadi developer berasakan keuntungan...ini ke NEGERI BERKEBAJIKAN???

Monday, August 6, 2012

SIAPA CEMBURU POPULARITI PM?



Kepopularitian Najib seharusnya dicemburui Anwar Ibrahim...bayangkan lah dalam masa ENAM bulan sahaja Dato' Seri Najib dapat mengumpul lebih 400 ribu lebih follower Twitter? Ikuti penjelasan berfakta dari Ikrar Pemuda seperti di bawah...




Graf di atas menunjukkan bilangan serta peningkatan follower Twitter Dato' Seri Najib Tun Razak melalui akaun twitternya @najibrazak . Berdasarkan graf di atas ia menunjukkan pertambahan mendadak iaitu daripada lebih kurang 440 ribu follower pada 1 Mac 2012 kepada 778,325 follower dalam tempoh ENAM BULAN TERAKHIR INI (sehingga 1 Ogos 2012). Ini merupakan pertambahan follower seramai lebih kurang 300 ribu lebih yang juga mencatatkan kenaikan follower sebanyak 77 peratus hanya dalam ENAM BULAN!!!

Jom tengok fakta follower twitter bagi Anwar Ibrahim..

Anwar Ibrahim melalui akaun twitternya @anwaribrahim juga mencatatkan peningkatan dari segi follower Twitternya.

TETAPI:

1) Dalam tempoh enam bulan terakhir ini (sehingga 1 Ogos 2012) Anwar Ibrahim hanya mencatat follower seramai 177, 347 followers iaitu kenaikan SERAMAI LEBIH KURANG 45 ribu follower sahaja. Peratusan pertambahan follower bagi Anwar Ibrahim dalam tempoh ENAM BULAN TERAKHIR (sehingga 1 Ogos 2012) pula adalah hanya 34 peratus sahaja.

2) Anwar Ibrahim sudah mula aktif bertwitter SELAMA 5 TAHUN 4 BULAN, sedangkan Dato' Seri Najib hanya aktif bertwitter SELAMA 3 TAHUN 10 BULAN.

3) Dato' Seri Najib mempunyai jumlah follower 600 ribu LEBIH RAMAI dari Anwar Ibrahim.




sumber:
http://www.socialbakers.com/twitter/najibrazak#chart-intervals-1
http://www.socialbakers.com/twitter/anwaribrahim#chart-intervals-1

Followers