Erkkkk!!!

Blog ini masih mentah

Owwhhh!!

Blog ini masih suci

Ehem

Blog ini masih dalam alam lain

Arghh!

Blog ini masih masihi

Hehehe

Blog ini masih baru dalam bidang jualan

Sunday, November 25, 2012

SKANDAL HUTANG: 4 RATUS RIBU ATAU 2 RATUS JUTA?


Mana satu ni? Kerajaan Negeri Selangor guna RM 420 ribu untuk langsai hutang Talam atau sebenarnya kena bayar RM266 juta?

Menurut pendedahan Ketua Pembangkang Selangor, Dato Mohamad Satim Diman di blognya, Kertas Putih yang dibentangkan oleh MB Selangor mengatakan bahawa kerajaan negeri hanya guna RM420 ribu untuk mendapatkan balik RM392 juta hutang Talam.



Kononnya kerajaan negeri akan menerima aset Talam tanpa menanggung beban hutang Talam. Tetapi laporan Circular to Shareholder yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia menunjukkan MBI bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang dalam masa ENAM BULAN.



JADI APA YANG CUBA DISOROKKAN?

sumber: http://satimdiman.wordpress.com/2012/11/24/kertas-putih-talam-yang-kelabu/

Wednesday, November 7, 2012

HARTAWAN MELAYU DISERANG?

Kenapa DAP melalui Tony Pua tanam kebencian kepada Tan Sri al-Bukhary? Kenapa Tan Sri al-Bukhari jadi sasaran spesifik Tony Pua, tetapi tidak bilionaire-bilionaire dari kaum yang lain? Bilionair kaum-kaum lain tu baik ke?Telus ke?Puii!

 

Cuba tengok senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2011Senarai 
40 orang terkaya di Malaysia 2011 menurut Malaysian Business:
1. Robert Kuok RM 50.04 billion, 87 tahun, Kerry Group/ Kuok Group
2. Ananda Krishnan RM 45.78 billion, 73 tahun, Usaha Tegas
3. Teh Hong Piow RM 12.77 billion, 81 tahun, Public Bank
4. Lee Shin Cheng RM 12.74 billion, 72 tahun, IOI Group
5. Lim Kok Thay RM 10.89 billion, 59 tahun, Genting Group
6. Quek Leng Chan RM 10.75 billion, 70 tahun, Hong Leong Group
7. Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary
8. Lee Kim Hua RM 7.43 billion, 82 tahun, Genting Group
9. Tiong Hiew King RM 4.77 billion, 75 tahun, Rimbunan Hijau
10.Ong Bee Seng RM 3.98 billion, Hotel Properties Ltd

Dari sepuluh orang, ada seorang sahaja melayu, kalau tengok pada senarai 40 orang terkaya Malaysia pon hanya ada 7 orang dari 40 orang terkaya tersebut. Nampak tak apa yang mereka cuba buat?

Monday, November 5, 2012

MELAYU PERLU KEBEBASAN AGAMA TAK?



Kini heboh diperkatakan tentang kenyataan Nurul Izzah mengenai halangan untuk beragama termasuk untuk agama Islam.



Terbaru Nurul Izzah cuba menjawab sambil menyelitkan sepotoh ayat al-Quran:

"Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk, ‘Islamic State: Which version? Whose responsibility?’ sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama."

sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/11/05/penjelasan-isu-islam-dan-masyarakat-melayu/


Nurul Izzah ni bongok ke apa...ayat itu ditujukan kepada kafir, Islam tak pernah paksa non-muslim untuk memeluk Islam, bermaksud Islam tak kata akan hukum orang kafir kalau tak tak peluk Islam.

Dan ia tak bermaksud kepada umat Islam untuk memilih agama lain!

Lepas tu pulak, dia samakan pulak Syariat Islam dan Perlembagaan Persekutuan...apa ke sengal! Perlembagaan persekutuan tu ciptaan manusia, boleh dipinda-pinda..kalau salah orang pegang tampuk pemerintahan, alamat perlembagaan pun hancur, kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara BOLEH TERGUGAT!

Semakin lama Nurul Izzah ni bagi statement, semakin terpesong perginya..

Tuesday, October 30, 2012

INILAH AKIBAT ADA EXCO AGAMA SENGAL!


Nak berpolitik pon agak-agak la brader...nampak sangat desperate nya mamat ni..sampaikan nak bagi tazkirah pon baju PKR nya tak tinggal...

Terima kasih Exco Agama Islam kerana MEMPOLITIKKAN TAZKIRAH AGAMA..tapi nampak sama pulak mamat yang bagi tazkirah tu dengan gambo kat bawah ni yee..

Siapa la sanggup pi denga tazkirah daripada orang yang moralnya diragui ni....tapi Anwar memang "multi-talented"..itu memang kami tabik..tahniah Selangor kerana ada penasihat sebegini..

Thursday, October 25, 2012

IPP SIAPA PUNYA KERJA?



Laaa...Anwar ke?? Takkan lah Anwar nak menganiaya duit rakyat ye dak? Dia kan ANUgerah Tuhan...Puuii!!!

Sumber lain yang menjelaskan kaitan Anwar dan IPP: http://www.umno-online.my/?p=39456

Monday, October 22, 2012

VIDEO AISKRIM TERSEBAR?




Friday, October 19, 2012

ANWAR FLIP-FLOP ISU BANGSAMORO



Sejurus selepas Perjanjian Perdamaian di antara Bangsamoro dan Kerajaan Filipina dimeterai sambil disaksikan Dato' Seri Najib, ini kata Anwar:

"Bagaimanapun, Anwar ketika mencelah jawapan Hadi kepada satu soalan,seolah-olah melihat peranan Malaysia dalam mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina, seperti orang ‘jealous’.Bagi Ketua Pembangkang itu, soal Moro bukan isu baru kerana sudah ada tiga atau empat perjanjian sebelum ini.“Selepas Presiden (Filipina) baru, Benigno Aquino…dia ambil inisiatif awal untuk adakan rundingan dan Malaysia beri sokongan,” katanya.Tegas Anwar lagi, “FAKTANYA, (ini) Inisiatif Presiden baru, kerana inisiatif beliaulah dapat penyelesaian. Bukan sahaja perjanjian tetapi perlaksanaan,”.Sebaliknya, Anwar menuduh Malaysia ‘lembab’ kerana gagal suarakan pendapat bagi menyelesaikan isu di Rohingya, Myanmar padahal boleh menyuarakan isu Moro."
sumber: Agenda Daily


Semasa pemerintahan Presiden Joseph Estrada, beliau isytiharkan perang besar-besaran ke atas MILF (rujuk di sini). Dan sehingga kini, Joseph Estrada sentiasa mahu menghapuskan ke atas pejuang MILF beragama Islam ini.(rujuk di sini dan di sini).

Apa kaitan Estrada dengan Anwar?
Estrada adalah rakan baik Anwar. Ada yang mengaitkan Estrada dengan CIA dan seperti biasa Anwar pasti terbabit dengan operasi mereka di rantau ini. Kajian mengenai kaitan Anwar dengan Estrada serta pihak luar ada diceritakan panjang lebar dengan fakta jelas di sini.

Pasal persahabatan akrab mereka boleh dilihat foto-foto di bawah.
Happy nye bang non...

Anwar dan Estrada adalah rakan baik


Kemudian, secara tiba-tiba Anwar memuji pula usaha damai yang dilakukan di antara Bangsamoro dan Kerajaan Filipina di dalam blognya di sini...Apa kes?. Panas ke Bang Non?

Monday, October 15, 2012

ABBY GHAIRAH..


Ostazah segera PAS, Abby Abadi sekali lagi menunjukkan "kepandaiannya" dalam "dakwah" nya...dek kerana "kepandaiannya" itu, orang mula mempertikaikan cara dia "berdakwah"...cuba tengok tweet Abby di bawah..



Kenapa Abby dimalukan? Sebab gambar yang ditunjuk bukan panggung wayang yang menayangkan filem "Innocence of Muslims", tetapi kejadian gempa bumi di Chile.

Walaupun kemudiannya Abby meminta maaf.... 



Ini adalah pengajaran baik buat dirinya yang GHAIRAH SANGAT nak sebar berita...memalukan umat Islam sahaja..

Wednesday, October 10, 2012

ANWAR SINDIR PAS?


Baru-baru in Anwar lancar buku hasil tulisan bekas ahli Parlimen Pakistan, M.J Akbar..Kata Akbar, agama tidak boleh membentuk sebuah negara, ianya hanya untuk hubungan sesama insan..Bukankah ini bertentangan dengan apa yang PAS perjuangkan selama ini?..Adakah Anwar menyindir PAS? Harun Din dah mula marah dengan Anwar (dah berapa kali dah ni?)



Mari kita tengok lakonan PAS..apa agaknya akan diperkatakan oleh PAS tentang perbuatan Anwar ini..

Thursday, September 27, 2012

PAKATAN TUNAI SEMUA JANJI


Kalau dah janji tak tertunai, mestilah kena tuntut. Itulah yang dituntut oleh rakyat di Puchong (lihat video di bawah). Pakatan selalu gebang pasal mereka tunaikan janji beri air percuma...memang lah dapat, TAPI MASIH RAMAI YANG TAK DAPAT!!

Adakah janji Pakatan hanya air percuma sahaja? Bagaimana dengan janji-janji lain? Ini bukan baru setahun memerintah, masalahnya dah EMPAT tahun memerintah? Takkan baru tunai satu janji je kot? Itu pun tak sepenuhnya...kalau mereka bagi manifesto baru untuk PRU 13..elok buang sahaja dalam tong sampah..

Followers