Erkkkk!!!

Blog ini masih mentah

Owwhhh!!

Blog ini masih suci

Ehem

Blog ini masih dalam alam lain

Arghh!

Blog ini masih masihi

Hehehe

Blog ini masih baru dalam bidang jualan

Showing posts with label pemimpin PKR bermasalah mental. Show all posts
Showing posts with label pemimpin PKR bermasalah mental. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

KHSB Rugi RM 27.8 juta Dalam Projek Cyber Valley Commercial Centre

Jabatan Audit Negara berpendapat usahasama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dengan syarikat swasta dalam pembangunan projek Cyber Valley Commercial Center telah merugikan anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Kos yang terpaksa ditanggung oleh KHSB untuk projek ini adalah sebanyak RM 31.96 juta sedangkan pulangan yang diterima oleh KHSB hanyalah sebanyak RM 4.15 juta.

Dengan bahasa mudah KHSB telah rugi sebanyak RM 27.81 juta sedangkan syarikat swasta yang terlibat pula telah memperolehi keuntungan sebanyak RM27.80 juta.

Jabatan Audit Negara menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah membuat kesimpulan berikut:

Lihatlah bagaimana kerajaan Selangor dibawah pakatan rakyat menguruskan duit rakyat Selangor. Jika beginilah cara Khalid Ibrahim uruskan anak syarikat Selangor, maka bukanlah sesuatu yang pelik bila KHSB telah mencatatkan kerugian untuk beberapa tahun sepanjang Kerajaan Pakatan Selangor memerintah!

Yang lagi pelik bila KHSB telah membayar bonus yang lumayan kepada kakitangannya tanpa mengikut pekeliling walaupun syarikat tersebut telah mencatatkan kerugian. Macam ni ke gaya seorang yang melaungkan dirinya dahulu seorang tokoh korporat yang berwibawa sedangkan apa yang dilakukan semuanya rugi..ni dah macam keparat.

Kalaulah kerugian ini terjadi kepada GLC kerajaan pusat, sudah lama pemimpin pakatan haram ni akan buat kecoh minta disiasat sampai minta tubuh suruhanjaya kononnya sebab nak jaga duit rakyat. Sekarang apa dah jadi? Duit rakyat dah jadi macam harta mak bapak dia pulak. PRU13, Rakyat Selangor wajib humban semua pemimpin Pakatan kaki auta ni! Mahasewel yang sedang berdemo kat Dataran Merdeka tu perlu buat demo suruh MB Selangor letak jawatan sebab gagal mengurus negeri! Tapi kita yakin mahasewel tu tak akan marah kat MB sebab yang bayar depa buat kacau tu adalah Tuan Punaisihat kepada MB!

Tuesday, April 17, 2012

MENCARUT BUDAYA PEJUANG ANTI PTPTN #SAVESGOR


Konon nak perjuangkan nasib mahasiswa dan rakyat dengan menentang PTPTN...kalau mulut sendiri pun tak tau nak jaga...macamana lah nak perjuangkan nasib orang lain?

Adakah dengan memaki hamun, mencarut (kepada ulama pulak tu) jadi pegangan kepimpinan mahasiswa? Layakkah mereka dengan mulut macam sampah sebegini nak jadi pemimpin mahasiswa?

Fikir-fikirkan lah...

Thursday, April 12, 2012

PUSAT KONVENSYEN LAGI PENTING DARI ASRAMA? #SAVESGOR

Khalid Ibrahim nampaknya asyik nak berniaga sahaja..dia tak fikir pun mengenai masalah rakyat di negeri Selangor ini. Asal ada je aset..semua dia nak niaga..Masalah sampah di negeri Selangor tak selesai-selesai..itu belum cerita masalah rumah urut yang berlambak-lambak...
Sekarang tiba-tiba di Shah Alam nak ada Pusat konvensyen baru pulak. Menurut blogger The Unspinner, Yayasan Selangor mempelawa developer untuk membina sebuah lagi konvensyen center di Shah Alam..padahal di Shah Alam dah ada dah SACC...apa perlunya 1 lagi? Bukankah ini pembaziran? Apa bukti yang terdesak sangat sampai nak bina satu lagi convention center?

Padahal asrama Yayasan Selangor kau nak roboh pulak...UITM di Serendah kau tak kasik bina! 

SEMAKIN LAMA KHALID DAN PAKATAN BERKUASA...SEMAKIN LAMA JUGAK NASIB RAKYAT TERABAI..DAN SEMAKIN BANYAK BENDA NAK MEREKA NIAGAKAN....

Tuesday, March 20, 2012

PAKATAN RAKYAT DAH TAKDE MODAL #SAVESGOR



Pakatan Rakyat dah 4 tahun  memerintah Selangor balik-balik nak salahkan BN..,Pakatan Rakyat  jadi kerajaan apa diorang buat untuk rakyat? Jadi ajen jual harta ke? semua aset dah terjual..tanah korek pasir makin bertambah..lompong sana sini...curi saja tahu..

Wednesday, March 7, 2012

Pemimpin PKR mempunyai masalah mental


Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan mana-mana pemimpin yang tidak mempunyai rekod sakit mental layak berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu beliau turut menegaskan apa yang paling penting, rakyat mahukan debat antara Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim tanpa memberitahu rakyat dari mana yang mahu perdebatan itu berlaku.

Sekiranya faktor kesihatan mental dijadikan ukuran, Anwar Ibrahim mungkin tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri kita kerana rakyat Malaysia umumnya telah mengetahui yang Anwar Ibrahim memang mempunyai masalah mental.

Dari siri 16 September sehinggalah kepada skandal video seks yang menyaksikan kebanyakkan pemimpin tertinggi PKR buat-buat tidak mengenali siapa yang beraksi disetiap posisi didalam video berkenaan.

Ini sekali gus menyatakan bukan sahaja Anwar Ibrahim mempunyai masalah mental tetapi seluruh pemimpin PKR yang cuba memperbodohkan diri mereka dengan menidakkan kelibat ketua mereka didalam video tersebut mempunyai masalah mental.

Followers