Dr. Zakir Naik memberikan beberapa tips bagi bulan Ramadan.
12 Perkara yang Perlu Dielakkan Sepanjang Ramadan:
1. Jangan tidur sepanjang hari dan solat sepanjang malam. Dengan berbuat demikian, anda menukar siang kepada malam dan malam kepada siang, bukanlah tujuan utama berpuasa.
2. Hindarkan diri daripada menjadi malas di siang hari
3. Jangan membazir masa dengan bermain di siang hari, banyakkanlah beribadat kepada Allah.
4. Jangan berbuka dengan juadah yang melampau banyaknya.
5. Jangan minta isteri anda memasak sepanjang bulan di dapur. Makanlah juadah yang ringan dan cepat.
6. Luangkan 10 hari terakhir dengan beribadat kepada Allah daripada sibuk membuat persiapan beraya! 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu.
7. Jangan berjaga sepanjang malam. Dapatkan rehat yang secukupnya.
8. Kurangkan ‘bersosial’ berlebihan selepas solat terawih.
9. Kurangkan membeli-belah pada bulan Ramadan.
10. Jangan makan sepanjang malam.
11. Jangan melepak pada waktu malam. Sebaliknya, beribadatlah kepada Allah.
12. Aidilfitri tidak memerlukan sebarang persiapan yang banyak. Jangan terperangkap! Pastikan semuanya mudah dan ringkas, dan Insyallah, semuanya akan dirahmati Allah
0 comments:
Post a Comment