Friday, August 3, 2012

TIADA LAGI AZAN KALAU UNDI PR!!



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, jika rakyat memilih pakatan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, surau-surau dan masjid-masjid di seluruh negara tidak akan lagi berkumandang  azan.


“Bila DAP akan menguasai kita nanti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang pada PRU13, tak ada azan di masjid lagi malah akidah, syariah dan akhlak orang Islam juga akan  berkubur,” katanya.
Bercakap kepada lebih 1,500 orang pada ceramah Simposium Perdana, menjunjung  Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Akidah di Dewan Alamanda di sini  malam tadi beliau berkata, Pas sebagai parti  komponen dalam pakatan rakyat yang  memperjuangkan Islam juga akan tunduk kepada  pengaruh DAP.

Menurutnya, pengalamannya selama tiga tahun 11 bulan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan  Kemudahan Awam Selangor, cukup jelas membuktikan Pas tidak  dapat memperjuangkan  Islam jika pakatan rakyat memerintah negara ini  nanti.
Hasan berkata, sepanjang tempoh tersebut, terlalu banyak rintangan yang dihadapi hanya semata-mata beliau ingin melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana ia  ditentang oleh pemimpin Pas selain penghalang  utama ialah DAP dan PKR.
“Bayangkan orang Pas tak bagi saya membasmi arak dan yang lebih besar menyekat kemaraan Kristian malah orang Pas sendiri menghalang saya mencegah murtad yang berlaku di Selangor.
“Kerana itu, saya dipecat dari Pas bukan kerana saya minum arak, berjudi, berkhalwat, berzina atau meliwat tetapi saya dipecat kerana nak mempertahankan akidah, syariah dan hak orang-orang Islam,” katanya.


Lebih mengecewakan Hasan apabila pemimpin tertinggi Pas mengatakan, apa yang ingin dilakukan oleh parti itu berkaitan Islam ia perlu dirujuk kepada DAP dan PKR.
Terdahulu berucap kepada kira-kira 1,000  penduduk Taman Bukit Larang Indah Telok Mas di  sini Hasan berkata,  sehingga hari ini beliau masih  belum menerima sebarang kenyataan berhubung  pemecatannya sebagai ahli parti dan Exco  kerajaan negeri Selangor.
“Hari ini dah genap dua bulan saya dipecat  daripada parti tetapi malangnya sampai hari ini  saya tidak menerima satu kenyataan mengenai  apa pertuduhan daripada Jawatankuasa Dipsiplin  Pas saya dikenakan tindakan,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Followers