Wednesday, September 19, 2012

PAS TAKUT ULAMA



PAS kini semakin rajin menerima artis untuk jadi ahli mereka. Maka mereka akan berkata, artis ini mengalami "perubahan". Namun perubahan itu mereka jaja sebagai berubah dari jahil kepada menjurus kepada Islam. Namun artis-artis "berubah" ini digunakan dalam pentas-pentas ceramah mereka untuk bukan sahaja berpolitik, tetapi menuduh dan mencerca kerajaan serta UMNO dan BN. Adakah ini yang dikatakan perubahan yang baik?Agamawan-agamawan di dalam PAS pula diperlekehkan. Sebagai contoh, ulama-ulama dalam PAS kini sudah hilang suara kerana lebih utamakan pemimpin-pemimpin "non-religious" seperti Mahfuz Omar dan Mat Sabu. Mereka juga menjawat jawatan penting dalam parti. Apabila ulama-ulama Muda menyertai UMNO, maka PAS berkata macam-macam terhadap mereka, antaranya termasuklah Mat Sabu dan Nik Aziz.

Atau sebenarnya PAS takut dengan bayang-bayang sendiri kerana asyik menerima artis yang memang kurang pengetahuan agama, dan juga mengangkat pula pemimpin-pemimpin bukan ulama seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Nizar yang mana banyak tindak-tanduk mereka ini memalukan PAS?Ikuti temubual dengan Ketua Pembangkang Selangor tentang ketakutan PAS terhadap Ulama-ulama Muda dalam UMNO..

0 comments:

Post a Comment

Followers