Tuesday, September 11, 2012

PELAJAR SEKOLAH PON PAKATAN TIPU


Asyik menipu je kerja MB Selangor ni. Dulu kata nak roboh Asrama Yayasan Selangor konon nak bantu pelajar sediakan asrama yang lain dan ditempatkan di asrama serta sekolah yang lain. Tapi menurut maklumat terbaru, pelajar-pelajar tersebut dilaporkan tiada asrama dan terpaksa berulang-alik jauh ke sekolah mereka..berikut pendedahan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Hj Mohamad Satim..

"Kita juga pernah membangkitkan tentang soal penutupan asrama Tun Dr Ismail dan asrama Toh Puan Norashikin milik Yayasan Selangor yang ditutup untuk projek pembangunan. Di waktu itu Menteri Besar Selangor membuat kenyataan kononnya akan menyediakan asrama bagi menyelesaikan masalah pelajar terbabit. Namun hari ini saya dimaklumkan ada dikalangan pelajar yang terlibat terpaksa berulang alik dari rumah sendiri sejauh dari Klang untuk ke sekolah. Sekali lagi anak-anak yang tidak bersalah ini dibiarkan menanggung kesusahan! Cukuplah dengan apa yang berlaku ini."


Khalid janji selalu tipu..sampaikan manifesto pilihanraya pon dia kata bukan janji..patutlah mereka takot pada slogan JANJI DITEPATI!!

0 comments:

Post a Comment

Followers