Wednesday, April 18, 2012

KHSB Rugi RM 27.8 juta Dalam Projek Cyber Valley Commercial Centre

Jabatan Audit Negara berpendapat usahasama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dengan syarikat swasta dalam pembangunan projek Cyber Valley Commercial Center telah merugikan anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Kos yang terpaksa ditanggung oleh KHSB untuk projek ini adalah sebanyak RM 31.96 juta sedangkan pulangan yang diterima oleh KHSB hanyalah sebanyak RM 4.15 juta.

Dengan bahasa mudah KHSB telah rugi sebanyak RM 27.81 juta sedangkan syarikat swasta yang terlibat pula telah memperolehi keuntungan sebanyak RM27.80 juta.

Jabatan Audit Negara menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah membuat kesimpulan berikut:

Lihatlah bagaimana kerajaan Selangor dibawah pakatan rakyat menguruskan duit rakyat Selangor. Jika beginilah cara Khalid Ibrahim uruskan anak syarikat Selangor, maka bukanlah sesuatu yang pelik bila KHSB telah mencatatkan kerugian untuk beberapa tahun sepanjang Kerajaan Pakatan Selangor memerintah!

Yang lagi pelik bila KHSB telah membayar bonus yang lumayan kepada kakitangannya tanpa mengikut pekeliling walaupun syarikat tersebut telah mencatatkan kerugian. Macam ni ke gaya seorang yang melaungkan dirinya dahulu seorang tokoh korporat yang berwibawa sedangkan apa yang dilakukan semuanya rugi..ni dah macam keparat.

Kalaulah kerugian ini terjadi kepada GLC kerajaan pusat, sudah lama pemimpin pakatan haram ni akan buat kecoh minta disiasat sampai minta tubuh suruhanjaya kononnya sebab nak jaga duit rakyat. Sekarang apa dah jadi? Duit rakyat dah jadi macam harta mak bapak dia pulak. PRU13, Rakyat Selangor wajib humban semua pemimpin Pakatan kaki auta ni! Mahasewel yang sedang berdemo kat Dataran Merdeka tu perlu buat demo suruh MB Selangor letak jawatan sebab gagal mengurus negeri! Tapi kita yakin mahasewel tu tak akan marah kat MB sebab yang bayar depa buat kacau tu adalah Tuan Punaisihat kepada MB!

0 comments:

Post a Comment

Followers