Saturday, March 16, 2013

PRU13 : Aktivis Siber Pemuda BN Sudah Sedia Untuk Tempur..- KJ





Satu pertemuan yang dinamakan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN telah dilancarkan oleh Ketua Pemuda BN iaitu Sdr YB Khairy Jamaluddin di sebuah hotel di Curve Damansara Kuala Lumpur, Sabtu pagi.

Himpunan yang dianjurkan oleh Seketriat Unit Media Baru, yang diketuai oleh pengerusinya Sdr Tun Faisal Ismail Aziz yang juga exco pemuda Umno ini telah berjaya menarik penyertaan hampir 3000 pengamal media siber dari seluruh negara. Khairy dalam ucapan pelancarannya, telah menyeru agar semua aktivis siber pemuda BN supaya tidak terikut-ikut dengan rentak dan cara berpolitik pihak pembangkang yang sentiasa memutarbelitkan fakta dengan tujuan untuk menimbulkan persepsi buruk dan fitnah kepada kerajaan barisan nasional.

Semua aktivis siber pemuda BN juga perlu sentiasa memastikan bahawa hujah yang disampaikan itu perlu sampai kepada rakyat dan disertakan dengan fakta yang jelas dan tepat. Dengan hujah bernas dan fakta yang tepat, kita yakin segala penipuan dan fitnah yang dilakukan oleh pihak pembangkang dapat kita tangkis dan patahkan, ujarnya. Himpunan yang diadakan ini juga, turut telah dihadiri oleh aktivis-aktivis siber pemuda dari parti komponen BN termasuk dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Dihadapan kira-kira 3000 pengamal media pemuda BN, Khairy telah mengakhiri ucapannya, dengan mengingatkan aktivis siber pemuda supaya terus konsisten dan melipat gandakan usaha secara berterusan dalam memerangi pihak pembangkang, demi memastikan kemenangan BN pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

0 comments:

Post a Comment

Followers