Wednesday, March 20, 2013

PANAS ! GARA-GARA VIDEO HOMOSEKSUAL, ANWAR TERTEKAN DENGAN PAPA GOMO..!




Setelah dicabar oleh blogger Papa Gomo semalam, yang tekad mahu mendedahkan video homoseksual Anwar Ibrahim dalam tempoh 48 jam bermula dari semalam. Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak mahu membuat sebarang ulasan dan komen mengenai cabaran yang dibuat oleh Papa Gomo mengenai hal tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada peguam beliau untuk uruskannya.

Semalam Anwar dilihat bertegas untuk failkan saman RM100 juta terhadap Gomo, tiba-tiba hari ni soalan wartawan pun dia tak mahu ulas dan jawab. Nampak kelihatan Anwar sudah goyang dan tertekan dengan cabaran yang dibuat oleh Gomo..

Rakyat sudah tentu nak tahu apa sebenarnya telah berlaku pada 6 hb Febuari 2013 di Hotel Hilton KL Central pada jam 1 pagi seperti yang didedahkan oleh Papa Gomo..? Kita sama-sama tunggu..?

Anwar serah cabaran Papa Gomo kepada peguam

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin serta mencabar Anwar Ibrahim menyamannya.

Sinar Harian






0 comments:

Post a Comment

Followers