Tuesday, March 19, 2013

SAH! SI APEK TUA DAP LIM KIT SIANG BERTANDING DI JOHOR PRU13..PAS JADI BARUA.!




Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya terpaksa mengaku kalah kepada parti DAP dengan memberi laluan kepada penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Johor Bharu malam tadi, Anwar juga menyifatkan isu pembahagian kerusi di Johor yang kecoh sebelum ini antara DAP dan PKR telah pun dapat diselesaikan.

Dengan keputusan ini, jelas menunjukkan bahawa DAP adalah parti yang lebih dominan dan lebih berkuasa di dalam Pakatan Rakyat berbanding PKR dan PAS. Sudah pasti DAP mempunyai perancangan menyusun strategi bagi mengusai negeri Johor sepertimana yang telah mereka lakukan di negeri Pulau Pinang. Parti PAS yang sebelum ini berkokok sana sini dalam ceramah nak mengusai negeri Johor, nampaknya jelas hanya layak jadi BARUA saja dalam gabungan Pakatan Rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Followers