Timbalan Presiden PKR Yb Mohamed Azmin Ali enggan menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pihak tertentu terutama cabaran yang dibuat oleh bekas exco Kerajaan Negeri Selangor Yb Dato Dr Hassan Ali baru-baru ini.
Hassan mencabar Azmin supaya menjelaskan secara terperinci sumber kewangannya untuk membeli saham sehingga jutaan ringgit sepanjang tempoh dari tahun 1992 sehingga tahun 1994.
Azmin juga dicabar untuk mengishtiharkan status anaknya yang bernama 'Afifa' melalui ujian DNA sekiranya benar dakwaan Azmin bahawa 'Afifa' bukanlah hasil hubungan sulit antara Anwar Ibrahim dengan isterinya Shamsidar. DNA adalah ujian yang paling ringkas dan meyakinkan bagi membuktikan dan mengesahkan nasab biologi seseorang.
Baru-baru ini, anggota PKR Cabang Ampang menerusi Ketua Penerangannya, Mohd Isa Mohd Saidi mendesak Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak dan juga Ahli Dewan Undangan negeri Selangor kawasan Bukit Antarabangsa itu supaya meninggalkan PKR jika tidak berani tampil menjawab pelbagai dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sejak kebelakangan ini.
Adakah Azmin sanggup menggadaikan maruah dan nama baik isterinya sendiri semata-mata demi kerana wang bagi membela mentor dan sifunya Anwar bin Ibrahim.?
Hanya lelaki yang dayus dan bacul sahaja sanggup membiarkan isterinya melakukan hubungan sulit hatta dengan kawan baiknya sendiri. Cabaran dan persoalan yang dibuat oleh Hassan kepada Azmin seolah menjurus kepada menggadaikan isteri semata-mata demi untuk mendapatkan imbuhan bagi memiliki saham yang bernilai RM2 juta sepanjang tahun 1992 sehingga tahun 1994.
Berani kerana benar, takut kerana salah..Hanya mereka-mereka yang terlibat ni saja yang tahu..
Ingin mengetahui kisah sebenar antara Anwar Ibrahim dengan Shamsidar isteri Azmin.. Klik anwarx-files..
0 comments:
Post a Comment