Tuesday, April 24, 2012

Biseksual : PAS Sudah Jadi Parti Liberal, Bacul dan Dayus...!



Pemimpin-pemimpin Pas dilihat hanya berdiam diri dan tidak berani memberikan kenyataan dalam isu biseksual yang membabitkan 'Kepala Keretapi' dalam Pakatan Rakyat sendiri iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Bekas rakan baik Anwar iaitu Senator Dato S. Nallakaruppan semalam telahpun menyerahkan pita video rakaman mengenai skandal Anwar dengan Shamsidar itu kepada peguam iaitu Datuk Seri Shafie Abdullah di Bangunan Mahkamah Tinggi pada petang 23 April.. 'Pita video itu akan membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa tuduhan yang saya buat ke atas Anwar Ibrahim adalah betul.Kita minta Mahkamah tayang kepada umum nanti.- kata Nalla'. Nalla sebelum ini telah membuat kenyataan kepada umum, bahawa Anwar Ibrahim adalah sebenarnya seorang biseksual. Dan mencabar Anwar untuk samannya di Mahkamah sekira dirinya berbohong dan melakukan fitnah semata-mata..

Setelah itu, dua tokoh ulama Kelantan telah mengeluarkan kenyataan menyeru seluruh umat Islam negara ini, supaya menolak pemimpin yang telah mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut adalah jelas  dilaknati oleh Allah SWT.

Sebagai sebuah parti Islam dan Melayu kedua terbesar di negara ini, kepimpinan PAS digesa untuk menyatakan pendirian didalam skandal dan aktiviti biseksual yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini. Adakah PAS mengiktiraf dan menyokong golongan ini.? Adakah PAS sekarang sudah jadi parti liberal..? Atau adakah pemimpin PAS takut dipecat kerana membuat kenyataan ke atas skandal ini, seperti yang berlaku pada Hassan Ali.

Tindakan Pas yang terus menerus berdiam diri ini seolah-olah parti itu menyokong secara senyap golongan biseksual untuk menjadi pemimpin negara ini..Jadi tidak hairanlah PAS menyokong pemimpin seperti Ambiga sebagaimana mereka menyertai himpunan BERSIH 2.0 dulu..Ternyata pemimpin PAS sudah menjadi bacul dan dayus..Jual perjuangan menubuhkan Negara Islam semata-mata takut pada Anwar dan DAP. Sah DAP ganti PAS..!






0 comments:

Post a Comment

Followers