Tuesday, April 17, 2012

Rumah hampir terbakar, kerana bendera BN..!

Disebabkan tertekan dengan gelombang biru BN yang berterusan di Selangor, ada puak-puak musibat tidak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membakar stor yang telah menyimpan kira-kira 500 bendera Barisan Nasional. Kalau tidak kerana kepantasan penduduk beramai-ramai membantu memadamkan kebakaran tersebut, sudah tentu akan ada kawasan kediaman penduduk yang musnah dijilat api.

Kejadian pada pukul 4 pagi, di Blok 54 Pangsapuri PKNS Seksyen 7, Shah Alam itu telah menyebabkan paip yang menyalurkan sisa kumbahan penduduk pangsapuri disitu bocor dan telah merosakkan dua buah motosikal yang diletakkan berhampiran kawasan kebakaran.

Dua laporan polis telah dibuat oleh penduduk di Seksyen 7 dan di Seksyen 9..

p/s : kpd puak-puak ni, kalau ye pun dah terdesak dan tak puashati, bersaingla secara sihat dan 'gentle'..gunakanlah kewarasan otak skit sebelum buat sesuatu perkara..takdaq teloq ka..!!!

0 comments:

Post a Comment

Followers