Thursday, May 24, 2012

500 PROGRAM UNTUK GOLONGAN MUDA DISEDIAKAN SEPANJANG SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012.


Sambutan Hari Belia Negara 2012 bertemakan 'Himpunan Jutaan Belia' telah pun bermula semalam. Sambutan selama 5 hari (23 - 27 Mei 2012) ini yang bertemakan 'Himpunan Jutaan Belia' dijangka akan disempurnakan perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Sabtu ini.

Sebanyak 500 program meliputi kebudayaan, pendidikan, alam sekitar dan sukan disediakan untuk golongan muda sepanjang lima hari sambutan Himpunan Jutaan Belia tahun ini.

Sebanyak 24 pentas untuk golongan muda yang berbakat bagi mempersembahkan pelbagai genre muzik telah disediakan selain mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi, sukan air serta sukan ekstrem.

Sambutan Hari Belia tahun ini juga mempunyai kelainan apabila pelbagai aktiviti akan diadakan untuk golongan muda sepanjang jalan antara Jambatan Putra dan Jambatan Gemilang iaitu sepanjang enam kilometer.

Turut serta dalam sambutan tahun ini adalah kehadiran dan penyertaan belia-belia dari 17 buah buah negara Asean dan Komanwel.

Jadi ayuh, kepada semua golongan muda belia negara para pelajar universiti, kolej, sekolah, persatuan-persatuan, NGO-NGO dan semua belia dan beliawanis kita turun beramai-ramai bagi menyatakan sokongan seterusnya menjayakan penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya tahun ini.






0 comments:

Post a Comment

Followers