Hari ini (11 May 2012) genap 66 tahun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan. Selamat ulangtahun juga kepada ahli-ahli UMNO yang lahir pada tarikh yang sama hari ini.
Pada malam ini, bertempat di Stadium Bukit Jalil, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan menjelang sambutan hari lahir UMNO yang ke 66 tahun hari ini. Dikalangan ahli-ahli akar umbi UMNO sudah tentu mereka tertunggu-tunggu hari yang penting ini.
Mereka sudah tentu mengharapkan satu pengumuman besar yang bakal dibuat oleh Presiden Parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang ambang Pilihanraya Umum ke 13 yang sudah semakin hampir sekarang ini. Rata-rata perpendapat penggal Parlimen Negara akan berakhir sejurus selepas sambutan ulangtahun UMNO yang ke 66 tahun ini diadakan.
Pada malam ini juga sudah tentu ada amanat penting yang akan diperdengarkan pada ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan besar yang tidak pernah dianjurkan oleh UMNO sebelum ini.
Dengan sambutan ulangtahun ke 66 tahun ini, diharapkan UMNO akan terus menjadi sebuah parti melayu yang kekal relevan untuk menerajui kepimpinan negara di masa depan ke arah menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing.
Semoga Allah akan memberkati UMNO dan terus hidup dalam perjuangannya didalam membela nasib Agama, Bangsa dan Negara.
Hidup UMNO, Hidup UMNO, Hidup UMNO..!
SALAM TUAN. KAMI TELAH LINK BLOG HEBAT TUAN DALAM BLOGROLL KAMI. HARAP TUAN DAPAT LINK SEMULA BLOG KAMI. http://shahalamrebels.blogspot.com/
ReplyDelete