Friday, May 25, 2012

TERKINI! DR AZIZ BARI DAN 3 YANG LAIN SAH SERTAI PKR..

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Aziz Bari dikatakan telah sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurut sumber, Aziz Bari dan 3 individu lain yang dikatakan berstatus profesional telah secara rasmi menyertai parti PKR. Ini disahkan sendiri oleh Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail dalam satu pengumuman mengenainya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR baru-baru ini. Klik http://www.malaysia-today.net

Kemasukan Aziz Bari ke dalam kancah politik tanahair dan menyertai parti politik pembangkang ini bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan. Ini kerana, sejak dari menjawat jawatan awam sebagai pensyarah di UIAM lagi, Aziz dilihat agak cenderung ke arah parti pembangkang dengan hujah-hujah dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya termasuk di media cetak, elektronik, blog dan sebagainya.



Ini termasuklah kenyataannya sebelum digantung dari UIAM yang mempertikaikan titah dari baginda Sultan Selangor berkenaan dengan serbuan pasukan JAIS ke atas gereja DUMC tahun lalu yang berkaitan dengan gejala memurtadkan umat Islam.

Aziz dalam kenyataannya telah mempertikaikan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan Selangor dalam isu berkaitan JAIS dalam kes tersebut. Akibat dari itu, pelbagai pihak termasuk individu, NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan termasuk pelbagai organisasi telah tampil memprotes dan membuat repot polis terhadapnya.

Akibat dari kecaman, protes dan repot yang diterima terhadapnya, Aziz kemudiannya telah dikenakan tindakan tatatertib dengan digantung jawatan sementara oleh pihak UIAM, sebelum dia mengambil keputusan meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di universiti tersebut.

Ternyata berita kemasukan Aziz Bari ke dalam parti PKR ini tidaklah begitu mengejutkan, ini kerana semua pihak sudah boleh mengagak agenda dan tindakannya sebelum ini, semasa menjadi penjawat awam dahulu.

Kepada Aziz Bari, kalau betul anak jantan, rasa diri tu dah bagus dan tahu segala-galanya, ayuh kita cabar dia bertanding pada PRU 13 nanti. Kita tunggu dan lihat sejauh mana perjuangan dia boleh pegi dalam kancah politik dalam negara ini.

0 comments:

Post a Comment

Followers