Sambutan Hari Belia Negara 2012 telah pun melabuhkan tirainya semalam berakhir pada 27 Mei 2012. Sambutan yang diadakan selama 5 hari itu, dianggap sebagai satu sambutan yang paling bersejarah dan paling berjaya didunia yang telah diterjemahkan oleh golongan belia muda mudi di negara ini.
Golongan belia muda mudi telah memberikan satu gambaran jelas kepada negara, bahawa mereka sebenarnya sangat cintakan keamanan, sentiasa sayangkan perpaduan dan bersedia untuk menyumbang idea, keringat dan berganding bahu bersama-sama dengan kerajaan didalam melakukan transformasi besar kearah negara yang lebih berjaya, dinamik dan maju di masa hadapan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga KBS dan seluruh agensi-agensi yang terlibat didalam penganjuran ini. Jutaan belia dari seluruh negara telah sama-sama hadir menjayakan sambutan Hari Belia Negara 2012. Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini..
Pakatan Rakyat pastinya sakit hati dengan kejayaan penganjuran Himpunan Belia Negara 2012 ini.
0 comments:
Post a Comment