Monday, May 21, 2012

KETUA PEMBANGKANG SELANGOR SELAR KERAJAAN NEGERI..!


Ketua Pembangkang Selangor YB Datuk Dr Mohamad Satim Diman menyelar kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat kerana telah gagal dalam menguruskan masalah sampah negeri ini sehingga menjadi salah satu punca kes demam denggi di negeri ini meningkat.

Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan jumlah kes demam denggi diseluruh negara telah meningkat dan negeri Selangor mencatatkan jumlah kes terbesar iaitu sebanyak 45% kes dengan 10 kematian.

"Kerajaan negeri ternyata mengambil sikap sambil lewa dalam mengurus isu sampah ini dan sebab itu setelah 4 tahun sehingga ke hari ini masalah sampah ini gagal diselesaikan. Bila sampah sudah tidak diurus dengan baik sudah tentu akan menyumbang kepada risiko wabak penyakit termasukla demam denggi " - Satim Diman.


0 comments:

Post a Comment

Followers