Friday, March 9, 2012

Cerita Bujang Jahanam


Semua yang dilahirkan didunia ini mempunyai ibu dan bapa. Hanya mereka yang ditinggalkan di surau, semak, belukar atau diberi kepada keluarga angkat selepas dilahirkan sahaja yang gagal untuk melihat ibu bapa dalam proses pembesaran mereka.

Sudah pasti bagi yang mempunyai ibu atau bapa akan menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang mendidik serta membesarkan kita sebagai anak.

Dalam meniti kehidupan yang penuh dugaan ini tergamakkah kita untuk membuang ibu yang melahirkan kita ke sebuah tempat yang dia sendiri tidak tahu dimana.

Cerita pilu ini terjadi kepada seorang ibu yang bernama Faridah Maulud berusia 66 tahun yang juga lumpuh. Beliau tinggal bersendirian di sebuah kampung di Johor pada asalnya dan sejak sebulan lalu dibawa oleh anaknya ke Kuala Lumpur.

Malang nasib wanita tua ini, anak bujangnya telah meninggalkan beliau seorang diri di sebuah hotel bajet tanpa ada yang menjenguk dan membantu wanita lumpuh ini dalam urusan hariannya.

Tersentuh hati saya melihat keadaan wanita tua ini dan saya gagal berfikir dan menjangka apa yang bermain di fikiran anaknya yang sanggup meninggalkan ibu beliau yang lumpuh disebuah hotel bajet di Kuala Lumpur tanpa pengawasan dan bantuan dari sesiapa.

Terima kasih dan sanjungan yang tinggi harus diberikan kepada pemilik, pengurus dan kakitangan Hotel Muda di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru Kuala Lumpur atas keprihatinan mereka dalam menguruskan keperluan harian wanita tua  yang ditinggalkan anaknya.

Walaupun pengurus dan kakitangan yang didalam video ini bukan beragama Islam , tetapi kasih ,kesedaran dan tanggung jawab mereka dalam membantu ibu tua yang lumpuh lagi malang ini harus dipuji. Semoga tuhan memberkati usaha suci mereka.

0 comments:

Post a Comment

Followers