Wednesday, March 7, 2012

Rasul Melayu Sesat!!


Rayuan terakhir seorang yang mengelarkan dirinya sebagai "Rasul Melayu" dalam mengetepikan hukuman penjara 10 tahun,denda RM16,500 dan enam kali sebatan gagal kerana ditolak oleh ketiga-tiga panel hakim yang diketuai oleh Tan Sri Ibrahim Lembut.

Tiga hakim berkenaan memutuskan hukuman yang dikenakan ke atas Abdul Kahar pada 16 September 2009 kekal.

Selain menerima hukuman Abdul Kahar juga diperintah dihantar ke Pusat Pemurnian Aqidah Baitul Iman, Hulu Yam bagi 6 bulan terakhir tempoh pemenjaraan beliau.


Pada 21 September 2009, Hakim Abu Zaky Mohammad mensabitkan bekas pekerja Zoo Negara itu bersalah selepas menerima pengakuan salah terhadap lima tuduhan menyebarkan ajaran sesat yang diasaskannya tujuh tahun lalu.
Selain hukuman berkenaan, Abdul Kahar turut diperintah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam bagi tempoh enam bulan terakhir daripada hukuman penjara.
“Secara keseluruhan mahkamah bersetuju dengan responden (Ketua Pendakwa Syarie) bahawa kesalahan ini melibatkan akidah yang serius dan sesuatu hukuman perlu bergantung pada berat kesalahan yang dilakukan,” katanya.
Selain itu, merujuk kepada hujah perayu yang mendakwa sudah bertaubat dan insaf, Ibrahim berkata, taubat hanya boleh dibuktikan dengan amal soleh dan hakim bicara memutuskan hukuman berdasarkan apa yang dilihat secara zahir.
“Perlu diingat, hukuman adalah serampang dua mata: Satu untuk menyedarkan pesalah dan satu lagi adalah untuk memberi peringatan kepada yang lain supaya tidak berbuat yang sama,” katanya

Selangor 13 : Yang mengelar "Rasul Melayu" dah didakwa, yang mengelar "Imam Mahadi Melayu" bila pula nak didakwa?

0 comments:

Post a Comment

Followers