Friday, March 2, 2012

Kalimah Allah diperlecehkan,Siapa yang harus dipersalahkan?


Siapa yang harus dipertanggungjawabkan dengan tersisinya kalimah Allah dari jata kerajaan negeri Selangor?
Adakah ini petanda kuasa Islam dinegeri tercinta ini kian terhakis dan dengan terhakisnya kekuasaan Islam di Selangor, pihak-pihak yang berkenaan boleh berbuat sesuka hati?

Apakah dengan dicerminkan 'billboard' air percuma kepada rakyat Selangor, maka Kalimah Allah telah boleh disisikan dari jata kerajaan negeri Selangor?

Tidakkah pihak yang menjadi pentadbir negeri Selangor yang majoritinya Muslim terkesan dari apa yang terjadi kepada iklan yang memaparkan perkhidmatan kerajaan mereka kepada rakyat Selangor?

Perbuatan durjana seperti diatas dan digambar dibawah jelas menunjukkan agama Islam sudah menjadi bahan mainan kepada mereka didalam Pakatan Rakyat.

Inilah hasil pengISLAMan PAS kepada Pakatan Rakyat yang dibanggakan oleh kepimpinan PAS sehingga Kalimah Allah dipermainkan hatta dalam memberitahu rakyat Selangor tentang perkhidmatan mereka.

baca selanjutnya disini...

0 comments:

Post a Comment

Followers