Rakyat tiada sebab untuk tidak memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana sejak 54 tahun lalu kerajaan inilah yang telah terbukti membela dan mensejahterakan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan BN telah membina banyak kejayaan dan kemajuan, hasil kerjasama yang baik antara rakyat dan pemimpin selain direstui oleh Allah SWT.
"Saya percaya ketika ini penting untuk kita sama-sama merenung sejenak mengapa kita memilih sesebuah kerajaan itu atau parti pada pilihan raya akan datang.
"Pada masa sama kita harus menilai adakah parti dan kerajaan yang dipilih itu kelak mampu memikul amanah, menjaga masyarakat, agama, bangsa dan negara," katanya di Johol, dekat sini.
Muhyiddin seterusnya bertanya apakah dalam tempoh 54 tahun lampau, kerajaan sedia ada ini sudah gagal dan kalau sudah berjaya, apa pula kejayaan itu sudah dinikmati oleh rakyat?
Utusan Malaysia
0 comments:
Post a Comment