Sunday, March 18, 2012

Masih Wujudkah PKR Selepas PRU13 di Selangor?


Pengumuman Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, Maru Krishnan untuk menjadi calon BEBAS dalam PRU13 nanti mengambarkan betapa PKR telah menjadi bangkai sebelum ajal.

Selain dari masalah kepincangan pentadbiran dan mahu membuat perubahan, Maru Krishnan juga berkata dalam PKR sokongan kaum India telah berpecah kerana semua mahu menjadi calon.

Menurut Maru, rakyat selama ini meletakkan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dan PKR demi untuk membawa perubahan selepas PRU12, tetapi perebutan kuasa dikalangan pemimpin parti pula yang dihadiahkan kepada rakyat selepas PRU.

Beliau menyentuh isu pelantikan Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) baru-baru ini yang didakwa dipengaruhi oleh keputusan Exco dan pemimpin peringkat atasan tanpa mengira suara di peringkat cabang parti termasuk suara dari NGO.

Katanya perkara itu menjadi antara faktor yang menyebabkan masyrakat India kecewa dengan setiap keputusan yang dibuat.

0 comments:

Post a Comment

Followers