Semua tahu bahawa tarikh pembubaran DUN sudah semakin hampir. Ini bermakna tempoh tamatnya mandat kuasa pemerintahaan kerajaan pakatan di Selangor hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Kata orang, dah tinggal masa kecederaan. Kalau orang sakit, dah tinggal nyawa-nyawa ikan.
Tapi dalam keadaan ini Kerajaan selangor baru bercadang nak pergi belajar bagaimana untuk selesaikan masalah perumahan rakyat dari Kerajaan Victoria. Dalam diam-diam Exco Selangor, YB Iskandar Samad telah dihantar untuk misi Melancong di samping Belajor....
Paling kelakar bila Chief of Staff kepada Menteri Perumahan Victoria, Anna Cronin bagi kenyataan berikut:
"Perumahan awam itu, ujarnya adalah sama seperti Projek Perumahan Rakyat atau PPR yang ada di Lembah Subang dan Kota Damansara."
Lihat pula apa kata Anna Cronin bila merujuk kepada pentadbiran perumahan:
"Di sana, ujarnya penduduk mentadbir pembangunan mereka dengan menubuhkan badan-badan pengurusan seperti di Malaysia."
Kalau mamcam tu tak perlulah exco selangor pergi sampai ke Victoria sedangkan beliau boleh belajar kat Malaysia jer. Tapi kalau tak pergi bila lagi nak rembat duit rakyat untuk melancong. Betul tak?
Kerajaan selangor sekarang sibuk dok cerita nak tadbir urus perumahan rakyat tapi aku nak tanya juga, berapa banyak perumahan rakyat yang dia orang dah buat? Setahu aku zero. Orang kampung cakap tak dak! Orang india cakap Yeelek!! Ha ha ha...
Kerajaan selangor cuba nak perbodohkan rakyat selangor. Nasihat aku, tipu tok lebai Pas dah ler.. Tak de orang nak percaya dah kat pemimpin pakatan selangor!
Sejak pakatan memerintah, tiada perumahan rakyat atau rumah kos rendah dibina. Yang MB Khalid sibuk dok bagi kunci tu pun bukan kerajaan pakatan yang bina. Mengikut falsafah kerajaan pakatan Selangor, perumahan rakyat bermaksud rumah yang berharga RM300K hingga RM2.5 juta! Dengan kata lain, 10 kali mati dan hidup balik pun rakyat biasa tak mampu nak beli kecuali kroni MB Khalid!
Sebelum terlupa, inikah exco selangor yang kena bantai dengan persatuan penduduk Ukay Bistari, Hulu Kelang dulu pasal tak boleh settle masalah perumahan rakyat? Rupa macam sama, tapi perut mungkin lain kot....
Berikut adalah petikan Harapkah untuk bacaan lanjut....
Victoria sedia terima pegawai Selangor
Harakahdaily, 05 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Kerajaan Negeri Victoria, Australia bersedia menerima pegawai-pegawai Selangor bagi mendedahkan mereka kepada cara-cara kerajaan tersebut menyelesaikan masalah-masalah perumahan.
Hasrat itu telah disampaikan oleh Chief of Staff kepada Menteri Perumahan Victoria, Anna Cronin ketika dikunjungi oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar A. Samad di Melbourne pada 2 Mac lepas.
Menurut Iskandar, Cronin mencadangkan pegawai-pegawai Selangor ditempatkan di jabatan beliau untuk satu jangka masa agar dapat didedahkan kepada cara-cara pelaksanaan agenda-agenda perumahan kerajaan Victoria.
Perumahan awam itu, ujarnya adalah sama seperti Projek Perumahan Rakyat atau PPR yang ada di Lembah Subang dan Kota Damansara.
“Penyewa di Victoria membayar berdasarkan pendapatan bulanan mereka. Sewa yang ditetapkan adalah 25 peratus dari pendapatan bulanan penyewa.
“Jika pendapatan mereka rendah maka sewa mereka rendah dan jika pendapatan mereka tinggi maka sewa mereka tinggi,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, Kerajaan Victoria pula tidak masuk campur di dalam pentadbiran perumahan bertingkat atau berstrata.
Di sana, ujarnya penduduk mentadbir pembangunan mereka dengan menubuhkan badan-badan pengurusan seperti di Malaysia.
Walau bagaimanapun, ujarnya pertelingkahan dirujuk terus kepada satu tribunal khas yang akan memutuskan jalan penyelesaian.
Justeru, Iskandar mengalu-alukan cadangan Cronin kerana ia dapat mendedahkan pegawai-pegawai Selangor kepada cara bekerja di sebuah negara yang maju dan yakin pengalaman itu akan memberi sumbangan yang besar kepada usaha untuk menjadikan Selangor bertaraf dunia
Aduii... Orang Australia lg tengok dan pandang tinggi kita... kenapa nak turun standard? Heran~
ReplyDelete