Telatah pemimpin Pas (parti yang konon memperjuangkan Islam) diatas pentas ceramah mereka sering kali mencuit hati pendengar yang terdiri dari ahli mereka yang taksub.
Cerita yang tahyul yang cuba dinaikkan martabatnya kepada perjuangan agama mungkin berkesan kepada mereka yang taksub kepada pemimpin mereka yang menjadikan Islam sebagai barangan dagangan tetapi tetap tidak berkesan kepada mereka yang meneliti setiap pertuturan dengan fikiran yang terbuka.
Ketaksuban yang melampau ini diterjemahkan dengan siri ceramah yang menjadikan bukan muslim sebagai penceramah dan si penceramah ini pula sering berucap dan melaungkan takbir seolah-olah mereka itu seorang muslim.
Apa yang lebih menarik, si pendengar ini masih menyahut takbir tersebut dna ada juga yang menjawab salam si penceramah bukan muslim ini.
Maka tidak salah sekiranya masyarakat melabelkan Pas sebagai parti yang menjual agama. Lihat video dibawah sebagai rujukan anda.
Mereka menyahut laungan takbir dari seorang yang bukan muslim, tetapi mereka menghina muslim yang dulu pernah bersama mereka. Inilah yang dapat kita lihat dari akhlak pemimpin Pas masakini.
Dari cerita amanah yang telah mengorbankan nyawa seorang pedakwah, diteruskan lagi dengan siri bai'ah yang menjadikan isteri sebagai bai'ah tersebut dan kini mereka tendang orang yang bersungguh-sungguh cuba menghidupkan Islam dalam kerajaan yang dipimpin mereka.
Jelas mereka memang merupakan parti yang menjual Islam hanya untuk perut dan bawah perut mereka. Lihat video dibawah yang mempamerkan akhlak pemimpin Pas dalam siri ceramah yang sama dengan diatas. Muslim dihina tetapi bukan muslim disahut laungan takbir.
0 comments:
Post a Comment