Wednesday, March 7, 2012

Kerajaan PR Selangor Masih Lagi Berbohong!!



Perlaksanaan Projek Sungai Kelang yang merupakan salah satu projek dari Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri bernilai RM 50 billion masih tidak menampakkan apa-apa perkembangan.


MB Selangor menyatakan perlaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor ini menerusi pembiayaan swasta (RM 50 Billion) dan tender terbuka (Request for Business Proposals) untuk Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang  telah dilakukan pada 1 September 2009 dan hasil dari itu 4 syarikat telah dipilih dalam projek ini.


Cadangan-cadangan yang diterima telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Peringkat 1 pada bulan November 2009. Jawatankuasa Penilai dianggotai oleh wakil-wakil jabatan kerajaan iaitu Pejabat Dato’ Menteri Besar, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Pejabat Tanah dan Galian serta Unit Perancang Ekonomi Negeri. 


Seterusnya, hasil daripada penilaian peringkat pertama, Jawatankuasa Penilai Peringkat 2 yang dianggotai oleh anggota-anggota Taskforce Projek Sungai Klang yang dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar telah membuat penilaian lanjut dan meluluskan untuk tindakan seterusnya. 


Semasa penilaian peringkat kedua ini, syarikat-syarikat yang di senarai pendek telah dijemput untuk membuat pembentangan kepada anggota-anggota Tasktorce. Setelah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai yang dianggotai jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, empat (4) syarikat-syarikat telah dipilih berdasarkan cadangan dan keupayaan mereka. Syarikat-syarikat tersebut telah dijemput untuk menganggotai ‘Taskforce Public / Private Partnership’ Projek Sungai Klang. Empat (4) syarikat tersebut ialah:



  1.  DPZAsiaSdnBhd
  2. GJA Engineering & Construction Sdn Bhd
  3. TSS MAKO Engineering Sdn Bhd
  4. Wessex Water I Berhad Consortium

Penubuhan Taskforce ini merupakan satu cara baru yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menjimatkan masa dan kos berbanding pendekatan lama di mana kontrakkontrak diberikan hanya selepas Kerajaan Negeri telah mempunyai satu Pelan Induk. Dengan Taskforce ini , syarikat-syarikat swasta akan dilibatkan sejak dan awal lagi untuk mencorakkan pelaksanaan projek dan memastikan usaha-usaha yang dilaksanakan mempunyai nhlai ekonomi yang baik.
Asas kepada pemilihan semua syarikat ni ialah berdasarkan cadangan dan keupayaan mereka. Penglibatan mereka adalah berdasarkan ‘Public / Private Partnership’. Kritenia yang diambil kira semasa penilaian di buat adalah:
  1. Keupayaan syarikat berdasarkan kebolehan dan pengalaman yang relevan dengan Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Kiang
  2. Latar belakang syarikat di mana bidang kepakarannya ada berkaitan dengan pembangunan dan pembersihan sungai
  3. Keupayaan kewangan syarikat
  4. ‘Business plan’ dan bajet yang disediakan, di mana projek-projek yang dicadangkan adalah ‘self sustainable’ dan tidak memerlukan dana kerajaan yang besar.
  5. Cadangan yang sehala dengan Hala tuju Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor dan segi sosial, infrastruktur dan pembangunan




Namun hasil dari perancangan pembersihan Sungai Kelang ini hanya sekadar  memenuhi pameran di Karnival Sungai Kelang 2010 sahaja.


Menurut MB Selangor lagi, projek pembersihan Sungai Kelang ini akan mencipta lebih 150,000 peluang pekerjaan. - Malaysiakini

Jajaran Sungai Klang adalah lebih kurang 120 km iaitu 80 km di dalam Negeri Selangor dan 40 km di dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 


Jajaran Sungai Klang melalui kawasan pentadbiran lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor seperli MPK, MBSA, MBPJ, MPSJ dan MPAJ dan di dalam pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 


MB Selangor menyatakan (didalam sesi dewan yang berlansung 12-14 April 2010) "buat masa ini, program pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang diberi tumpuan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) sepanjang 21 km yang bermula dan Jabatan Connaught hingga ke muara Sungai Klang di kawasan Pelabuhan Klang"


Malangnya sejak pemberitahuan tentang Projek Pembersihan Sungai Kelang ditahun 2009 sehingga kini Sungai Kelang masih seperti biasa. 170 tan sampah masih memasuki Sungai Kelang. Tiada tanda-tanda pembersihan sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.


Adakah Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga Projek Pembersihan Sungai Kelang dibawah kerajaan Pakatan Rakyat ini hanyalah satu projek mempersendakan rakyat? 


Atau juga Projek Rangsang Ekonomi Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat hanyalah teknik awal bagi mempamerkan urus tadbir yang baik walhal semua yang dijanjikan hanyalah cerita dongeng yang semakin kabur dicermin retak.

0 comments:

Post a Comment

Followers