Tuesday, March 20, 2012

Saya tak rasuah, tak liwat.. - Hassan Ali


Selepas dipecat keahlian dari PAS dua bulan lalu, bekas anggota exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan memulakan peranan baru dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2012 sebagai ADUN Bebas dan menurut beliau tiada masalah baginya berbahas sebagai anggota bebas dalam persidangan kali ini.

"Tak ada masalah sebagai ADUN bebas...saya dipecat daripada menjadi ahli PAS dan digugurkan daripada barisan exco."

Saya rasa bermaruah (menjadi Adun Bebas)...saya bukan rasuah saya tak liwat, saya bukannya melakukan benda-benda yang dilarang oleh Islam," katanya kepada pemberita selepas upacara perasmian Sidang DUN Selangor ke 12 oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam sidang DUN kali ini Hassan duduk di belakang barisan pembangkang DUN Selangor iaitu, Barisan Nasional. Tempat lama beliau kini diduduki oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor.

Hasan berkata, pada persidangan kali in beliau tetap akan mengenengahkan agenda Islam, Melayu dan institusi Raja (IMR) dalam perspektif masyarakat berbilang kaum.

Hassan mendakwa selama menjadi exco tiga tahun 11 bulan beliau belum pernah nampak agenda kerajaan negeri untuk menyelamatkan orang Melayu.

Nampak sangat Pakatan Rakyat kerajaan penipu, hanya pandai menabur janji..perjuangan semata-mata hanya membela Anwar Ibrahim..Hassan antara pemimpin PAS yang keras kepala bertegas tidak mahu berkomplot dengan agenda DAP dan PKR yang jelas nak menjahanamkan Agama, Bangsa dan institusi Raja.

0 comments:

Post a Comment

Followers