Monday, March 5, 2012

Terkini! Kerana Perebutan Kerusi Pilihanraya.. MB Pas Kedah Kena Terajang!


Krisis Pas Kedah sebenarnya mudah. Ianya hanya berkisar tentang soal pembahagian kerusi untuk pilihanraya.

PKR cuba untuk bertapak di Kedah. Memujuk Pas untuk memberikan kerusi kepada PKR bukan sesuatu yang mudah selagi Azizan terus menjadi MB. Maka PKR cuba menggerakkan usaha untuk menyingkirkan Azizan melalui kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Mat Sabu! Jika kaedah ini berjaya, berkemungkinan juga Mat Sabu akan mendapat kerusi selamat untuk bertanding di Kedah dan beliau mungkin boleh memberikan beberapa kerusi kepada PKR! 

Tapi Azizan bukan bodoh. Beliau boleh baca permainan licik Mat Sabu. Pas Pusat cuba campur tangan kononnya untuk redakan suasana panas di Kedah. Pas pusat mungkin terlupa bahawa apa yang berlaku sedikit sebanyak berpunca dari Pusat sendiri!

Pertembungan antara dua puak dalam Pas Kedah kini semakin meruncing. Ternyata setelah beberapa hari berhujah dan berdebat mempertahankan hujah masing-masing, kedua-dua pihak akhirnya lebih nekad untuk mempertahankan pendirian masing-masing. Lain yang diharap, lain yang datang. Inilah bahananya bila semua sudah gilakan jawatan dan kuasa dunia.

Pas pusat jelas gagal mengawal nafsu membuak-buak pihak terlibat untuk melanyak pihak lawan masing-masing.

Pas pusat dah arahkan 2 orang bekas exco untuk mengalah tapi maklumat terkini menunjukkan tiada tanda-tanda Pahrolrazi untuk mengalah tanpa sebarang syarat.

Beliau masih dengan pendiriannya agar Azizan dipecat dari jawatan MB sebagai syarat untuk menerima kembali jawatan exco!

Pahrolrazi pula dikhabarkan akan mengadap Nik Aziz bagi mendapatkan sokongan. Mungkin ianya idea Mat Sabu yang menjadi tok dalang kepada apa yang berlaku.

Jika Nik Aziz memberi restu kepada puak Pahrolrazi, bermakna pertembungan dua Tok Guru akan berlaku. Satu Tok Guru Azizan yang mewakili puak ulama dan Tok Guru Nik Aziz yang mewakili puak Anwarinas.

Jika pertembungan ini menjadi realiti, kita tengok pulak apa reaksi Hj Hadi. Sudah pasti Mat Sabu akan memihak kepada puak anwarinas. Kadangkala betullah apa orang kata, orang agama ni kalau dia bergaduh...macam dunia dah nak kiamat!

ps:
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya sampai ke malam dah nak pagi pun masih panas lagi....

0 comments:

Post a Comment

Followers