Kenapa Presiden PAS mengaitkan Yahudi masa kini dengan Yahudi di zaman Rasulullah S.A.W ?
Adakah orang Yahudi di zaman Rasulullah S.A.W menghalau umat Islam dari tanah airnya sendiri? Adakah Yahudi di zaman Rasulullah S.A.W membunuh umat Islam dijalan raya seperti yang dilakukan oleh Israel dengan bantuan Zionis?
Kenapa setelah sudah berpuluh kali malah ratusan kali demonstrasi membantah Zionis, Israel dan apa saja yang berkaitan YAHUDI diadakan oelh PAS,kini Presiden PAS sudah beralih arah? Adakah idea kerjasama Islam dan Yahudi versi PAS ini sama dengan apa yang dikata oleh Nik Aziz berkenaan PAS sanggup berkawan dengan siapa sahaja yang membantu mahupun Syaitan?
Kebanyakkan masyarakat Malaysia maklum dengan perkara ini, Presiden PAS membuat kenyataan berkenaan hanya untuk membantu Anwar Ibrahim dalam isu sokong beliau terhadap Yahudi. Kita dapat melihat siapa yang diperkuda siapa dalam hal ini.
Hari ini PAS sudah menjadi sebuah parti yang tiada identiti, sudahlah dahulu hanya mampu berdemonstrasi membantah tindakan Israel tanpa ada idea baru untuk membantu warga palestine yang menderita,kini mereka datang dengan moto baru yang membolehkan umat Islam bekerjasama dengan Yahudi tanpa memikirkan tentang tuan punya tanah yang disepak dan terajang hanya untuk membolehkan bangsa yahudi menjadi tuan ditanah orang.
Terima kasih Presiden PAS kerana sanggup mengelirukan umat Islam dengan kenyataan dunggu,songsang dan takut kepada Anwar Ibrahim!
0 comments:
Post a Comment