Saturday, March 17, 2012

Pengerusi Proton Letak Jawatan Berkuatkuasa Serta Merta!



Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah PROTON Holdings Bhd, berkuatkuasa serta merta.

"Kami ingin menegaskan bahawa peletakan jawatan Nadzmi sebagai pengerusi lembaga pengarah PROTON dan jawatan lain oleh sebab jawatannya sebagai pengarah, adalah sebahagian daripada terma SSPA itu," menurut PROTON.

Nadzmi, 57, yang dicalonkan oleh Khazanah, dilantik sebagai Pengerusi PROTON pada 1 Januari 2009 dan juga sebagai pengerusi lembaga pengarah anak-anak syarikat dalam kumpulan syarikat PROTON.

Sebelum ini beliau berkhidmat dengan syarikat kereta nasional itu sebagai Pengarah Urusannya dari 1993 hingga 1996.

Pada 16 Januari, DRB-Hicom menandatangani SSPA dengan Khazanah untuk membeli 42.74 peratus modal saham terbitan dan berbayar PROTON dengan harga RM1.291 bilion.

Sebelum perjanjian itu, Nadzmi membayangkan hasratnya untuk membeli kepentingan milik cabang pelaburan kerajaan itu dalam PROTON.

Komen S13:

Inilah realiti dunia perniagaan. Mereka datang dan pergi. Datuk Nazmi pernah mempunyai sejarah yang panjang dengan Proton. Beliau pernah terlibat diperingkat awal penubuhan Proton dan pernah meninggalkan proton satu ketika dahulu. Akhirnya beliau kembali semula dan kini meninggalkan proton untuk kali kedua.

0 comments:

Post a Comment

Followers