Spekulasi yang semakin kuat sekarang menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat ini, sebaik sahaja sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara berakhir.
Laporan Bloomberg akhir minggu lalu menyebut Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan PRU13 pada Mei atau awal Jun ini.
Dengan menghuraikan 4 perkara utama, Bloomberg melaporkan salah satu tarikh yang disyorkan pada Perdana Menteri adalah 3 Jun 2012.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama bulan Mei dan dua minggu kedua bulan Jun.
Untuk rekod mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013.
SPR mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya sebaik sahaja Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Lazimnya pengundian akan diadakan dalam tempoh tiga minggu selepas dari tarikh pembubaran..
0 comments:
Post a Comment